Wednesday, October 7, 2009

AL-FATIHAH BUAT MAK...

Pada hari ini genaplah 4 tahun permergian MAK yang tercinta meninggalkan kami. Pada 7 Oktober 2005, MAK yang terlantar di Hospital Strand, Sungai Petani akibat diserang stroke menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, hari Jumaat yang juga bersamaan dengan 3 Ramadhan. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi MAK. Seribu kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana kematian MAK pada bulan Ramadhan yang mulia walaupun Syawal ketika itu tidaklah semeriah seperti yang selalu. Tiada lagi leteran, gesaan dan sebagainya yang selalu menjadi "muzik" buat kami sekeluarga.... Buat MAK, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AL-FATIHAH....

1 comment:

Azman & Azian & Zoey & Ryan said...

Al-Fateha buat Tok..semoga Rohnya ditempat dikalangan orang beriman dan syurga tempat berkekalannya hendaknya..