Thursday, August 27, 2009

SALAM RAMADAN

Ramadan datang lagi! Bulan yang amat dinanti oleh seluruh umat Islam datang membawa segala keberkatan dan INSYA-ALLAH, puasa kali ini bermula dari 22 August ke 19 September 2009. Kepada semua Family Bloggers, sanak saudara dan rakan taulan, diucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, semoga keberkatan menjadi milik kita!

FADILAT RAMADAN :
Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:
"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: "Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
"Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadan) tidak kecewa."

2 comments:

Azman & Azian & Zoey & Ryan said...

Selamat berpuasa Cik Kin.....teringat Arwah Atuk Perak..dia pergi selama-lamanya meninggalkan kita pada minggu pertama puasa..al-Fateha ke atas rohnya....

Nur A.MD said...

Thanks..semoga rohnya dicucuri rahmat...