22 AUGUST- 19 SEPTEMBER 2009 ( 1- 29 RAMADHAN 1430 H )
Ramadhan datang lagi...Seribu kenikmatan yang dijanjikan oleh ALLAH SWT. Alhamdullilah, walaupun sibuk ngan Roadshow, MATTA Fair, keje, puasa kali ini lebih tenang.
18 - 22 SEPTEMBER 2009 ( 28 RAMADHAN - 3 SYAWAL 1430 H )
Balik kampung untuk berhari raya...yeaaayyy.... Tarikh Hari Raya Aidilfitri kali ini jatuh pada Ahad, 20 Oktober 2009 ( Syawal 1430 H). Raya memang best, hampir seluruh ahli keluarga Pak Lang Desa berkumpul di kampung pada hari raya pertama.
27 SEPTEMBER 2009 (8 SYAWAL 1430 H )
Man & Yan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di rumah di Shah Alam. Dapat jemputan tapi sayangnya tak dapat pegi coz terikat ngan personal matter ( tuan rumah datang melawat so kena entertain le dulu...)...Insya-ALLAH, kalau panjang umur tahun depan...
3 OKTOBER 2009 (14 SYAWAL 1430 H )
Adik Na & Borhan adakan Open House. Ramai jugak tetamu yang dijemput, makan pun sedap. My boss, Khun Kook & Khun Neung dan Bank turut hadir (thank you!). She couldn't resist whenever I mentioned about the "chicken rendang". It seems this Malay delicacy one of her favourite.
4 OKTOBER 2009 ( 15 SYAWAL 1430 H )
Datang memenuhi undangan Kak Ani ( jiran Adik Na) yang adakan open house.Orang jemput, kita datang, makan lagi...aduhai..but good food, why not ?
10 OKTOBER 2009 ( 21 SYAWAL 1430 H )
Hampir seminggu selepas berpindah, so majlis "House Warming Party/ Hari Raya Open House" kat rumah kita....Tak jemput ramai pun juz family, friends & my officemate...Thank you very much to all for coming & thank you for all the stuff given & thank you for the support rendered to me...
11 OKTOBER 2009 ( 22 SYAWAL 1430 H )
Beraya kat Selayang.Ikut ajakan Kak Ani. Melawat Pak Su Bakar & family (adik bongsu arwah MAK). Lost contact for about 7 years, berjumpa & berkenalan ngan sepupu yang kurang dikenali, bertanya khabar Pak Su & Mak Su, very memorable, harap-harap selepas ini silaturrahim dapat dipereratkan lagi.
17 OKTOBER 2009 ( 28 SYAWAL 1430 H )
Dapat jemputan dari Kak Ngah untuk her open house. Jemputan dari 11am onwards. Ramai gak yang dijemput ( termasuklah artis terkenal you....) Home-cooked food, banyak pilihan & sedap. Take a look at the photos :
Preparation for Ngah's Hari Raya Open House
Aneka juadah
Aneka juadah
Nasi tomato, sate, lontong etc.....
Daging masak hitam...sedap tapi ramai yang kata masin...eemmmm...
Special drink : Sirap Bandung Johor
Prepared by Johorean, Cik Azman.....
Antara tetamu cilik : Adib & Dafi
Tetamu yang tak cilik sangat : Yan, Adik Na & ME & kids...
Inilah tetamu artis terkenal : Rebecca Nur Al-Islam. Kak Ani ambil kesempatan bergambar...
Bukan Kak Ani sorang, kitaorang pun ambik kesempatan jugak.... she's very friendly & down to earth...
Family in attendance : Keluarga Makcik Yah ( adik arwah MAK) datang memenuhi undangan, nice to met all my cousins, sharing laugh & stories & phone numbers....
Mak Cik Yah & anak-anak ( Kak Yuz, Kak Ita, Kak Liza) ngan Kak Ani & Adik Na
Family in attendance : Mak Su & anak-anak datang
18 OKTOBER 2009 ( 29 SYAWAL 1430 H )
Ambik kesempatan sempena bulan Syawal yang mulia untuk menziarahi & mempereratkan silaturrahim antara keluarga, so kami ke Seremban. Melawat Mak Ngah Munah ( kakak arwah MAK) & Pak Long (abang arwah MAK) yang kurang sihat. Kesana bersama-sama ngan Kak Ani, Adik Na, Borhan (anak-anak Didie & Adib) & Ngah, Adam & Dafi. Lunch di rumah Kak Rohani (anak Mak Ngah). Teringat arwah MAK bila terpandangkan Mak Ngah.
Memandangkan dah ke Seremban, so on the way balik ke KL, kita pun singgah lah di Nilai 3. Ada le shopping sikit-sikit for my house...Kak Ani pulak asyik teringatkan bunga...katanya nak kesana lagi minggu depan...aawww....
Sebulan Syawal telah berlalu, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, so INSYA ALLAH bertemu lagi di AIDIL FITRI 1431 Hijrah....Salam....