Salam Lebaran buat all family bloggers :-
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua. Semoga ukhuwah sesama kita berkekalan di dunia & akhirat....
Monday, September 14, 2009
Friday, September 11, 2009
10 AKHIR RAMADHAN
Diam tak diam, dah 21 Ramadhan. Pantas benar masa berlalu, rasa macam baru aje berpuasa...Lagi seminggu seluruh umat Islam akan meraikan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri..Insya Allah.
Kelebihan malam 10 akhir Ramadan
Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari) Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah. Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.
(petikan daripada www.bharian.com.my)

Wednesday, September 9, 2009
MATTA TRAVEL FAIR AT PWTC, KL
It's MATTA time again! 2nd leg of MATTA KL was held at PWTC from 4-6 September 2009. The organizer expected about 65,000 people will attend this three-day annual event. For this leg, Thailand has taken 18 booths with 37 participants ie. travel agents, hoteliers, resort & spa from all over Thailand. Business is good for them only on the last day of the event as many enquiries on the very first day. Thailand supported this event by bringing in the cultural performance, umbrella painting demonstration & Thai traditional massage for the public to enjoy what Thailand can offer!
Thursday, August 27, 2009
SALAM RAMADAN
Ramadan datang lagi! Bulan yang amat dinanti oleh seluruh umat Islam datang membawa segala keberkatan dan INSYA-ALLAH, puasa kali ini bermula dari 22 August ke 19 September 2009. Kepada semua Family Bloggers, sanak saudara dan rakan taulan, diucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, semoga keberkatan menjadi milik kita!
FADILAT RAMADAN :
Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:
"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: "Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
"Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadan) tidak kecewa."
Friday, August 21, 2009
SELAMAT HARI JADI BUAT KAK ANI...
SELAMAT HARI JADI buat Kak Ani pada 19 August 2009. Yang keberapa tak pasti...? So dapatlah jemputan dari Kak Ani yang adakan makan-makan among the family. Kesana ngan Acu & anak-anaknya.Memandangkan jarak tarikh lahir kami yang cuma berbeza 3 hari, so I pun still in birthday mood...apapun semoga dilimpahi rezeki dan dirahmati ALLAH SWT ....AMIN.

Birthday girl nye sorang tapi yang nak memotong kek, ramai bonar....
TERIMA KASIH......
TERIMA KASIH kepada semua yang sudi mengingati ulang tahun kelahiran yang ke.....? pada 16 August lalu. Memandangkan sibuk dengan Amazing Thailand Festival 2009 di Mid Valley yang berlangsung dari 14-16 August, so pada tarikh tersebut takde apa pun, kecuali SMS dari kenalan yang mengucapkan HAPPY BIRTHDAY. So pada 17 August, di ofis diadakan sambutan kecil-kecilan, ala...makan-makan je...ngan kek kecik sebijik! Jadi laa... Sekarang ni, sambutan hari jadi bukan lagi menjadi kepentingan...Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...AMIN.

Ni bebudak student (Sam & Bank) yang teringin nak bergambar ngan bunga rose...siap posing lagi tu...

Terima kasih tak terhingga buat Ngah yang antarkan bunga rose yang cantik sangat....Bukan aje jadi bahan gosip malah berebut pulak diorang nak bergambar....
Ni bebudak student (Sam & Bank) yang teringin nak bergambar ngan bunga rose...siap posing lagi tu...Thursday, August 20, 2009
AMAZING THAILAND FESTIVAL DI MID VALLEY
Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Amazing Thailand Festival diadakan untuk kali yang kedua . Dianjurkan bersama antara Royal Thai Embassy, Department of Export Promotion, Tourism Authority of Thailand & Siam Connections berlangsung dari 14 - 16 August 2009.So selama 3 hari berkampunglah pelbagai produk dari Thailand di Mid Valley, sambutan kira okay lah...not bad.
Subscribe to:
Posts (Atom)