Friday, January 7, 2022

2020 > 2021 > 2022

 New Entry.

The last entry was in 2017. 

Throughout four years, a lot of things happen. Just at the beginning of 2022, we are almost back to square one. Again!. In late 2019 and early 2020, the world has shut down. COVID-19, the new pandemic hit harder many parts of the world. This is a global issue, and blaming games are at its peak. Started in China and spread all over the world. Malaysia was hit hard in 2020, and not much changed in 2021.

On a good note, the world is in the healing process. We should reflect ourselves but in this hard time, true colors are showing.

2020 brings us hope, may this pandemic be over and we will be back to normal again.

Thursday, October 12, 2017

Tarikh Lahir Anda Dalam Bulan ISLAM

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

Sekadar Hiburan

HIJRAH :Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan :Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat. 

SAFAR: Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL: Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR: Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL: Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR: Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB: Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA'ABAN: Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi
bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN: Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL: Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH: Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH: Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Wednesday, February 6, 2013

Remember him...

Suddenly I remember my blog, it’s been ages since the last entry. Between May until now, so many things happen, mostly sad event towards the year end. My last entry about my father- how I am imagining his feeling with the events going on in this beloved country, Malaysia.

Time passed by. My beloved father passed away on November 2012 after suffering from bacterial infection. He’s already in not-so-good condition with his asthma. But still losing him the hardest part of my life especially when the last time we celebrated Hari Raya Aidil Adha, he’s happy surrounded by family-his children, grandchildren, his great-grandchildren.

How I am going to remember him? I will put it in my word, he is my FATHER! Fullstop. For me, people or society or religiously do not simply granted you with the title “father” if you've not been able to be one. My father is simply a father.

Actually, I will remember in so many ways. So many memories until his last breath and I will remember him until my last breath too. Time passing by, it’s now almost three months we’re living without him. As a single person, I couldn't make myself busy for not thinking he’s not around. My works don’t really make myself forgetting about him for a while. Sometimes I've too much time to think over and over again. Peace of mind is not what I get.

I just can’t imagine what have been through in my sister's mind the day my father passed away. They have been by his side since the day he intends to stay put in Sungai Petani, Kedah. His refusal to go back to his home in Perak always wonders us. But we know it was the best decision for him to stay near to his children. We-my brothers and sisters will be able to take care of him. I guess that’s the best time of their life. I was staying too far to take care of him regularly. But once a while, going back to see him was my proudest moment. I never tell anyone about it.

My brothers and sisters do rotation to look after him. They fight over him, they quarrel over him, they cry over him, they laugh over him but at the end they found happiness with him.
How I am going to remember him? I found so many ways to live up to his memory. We all found the best way to remember him. We talked about him most of the time. We send him prayers every single minute of our lives. We will always remember him simply because he is our father!

AL-FATIHAH… Amin

Wednesday, May 2, 2012

Kesian Ayah....

Malam ini, 28 April 2012 ketika duduk bersantai  sambil menonton berita di TV, tiba-tiba hati kecil saya tersentuh dengan laporan mengenai demonstrasi jalanan BERSIH yang berlaku pada siangnya di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. Tersentuh hati bukan kerana laporan yang didengar tetapi kerana mengenangkan ayah yang tua di kampung.

Tersentuh hati saya kerana yakin ayah pasti menangis melihat apa yang berlaku. Ayah pasti tertanya-tanya kenapa negara yang aman tiba-tiba tercetus rusuhan di sana-sini. Ayah pasti menangis, kerana negara yang pernah mencari erti merdeka,  yang darah dan keringat pemimpin lalu diperjuangkan sehingga diberi makna, negara yang  di bina dari asas untuk menjadi maju seperti ini tiba-tiba cuba dihancurkan dalam sekelip mata. 

Ayah pasti tertanya-tanya dimana silap dia. Ayah berjuang mempertahankan negara ketika dijajah, mempertaruhkan nyawa ketika diancam komunis dan ayah cuba lakukan apa yang terdaya atas satu tujuan untuk memberikan sebuah negara yang sempurna buat anak-anaknya.

Ayah pasti tertanya-tanya, kenapa saudara seagama dan sebangsa dengannya berlari kesana kemari tanpa arah, terjerit-jerit tanpa makna, beradu tenaga yang sia-sia, kononnya untuk perjuangan BERSIH. Ayah pasti akan berkata, aku pernah lakukan ini semua, aku berlari kesana sini untuk menyelamatkan nyawa, aku menjerit memberitahu musuh dimana dan aku mengerah tenaga menentang musuh negara. Tapi perjuangan ayah lebih mulia, untuk sebuah negara yang merdeka.

Saya yakin ayah pasti menangis, kerana baru tahu rupa-rupanya perjuangannya selama ini adalah sia-sia. Ayah pasti, perjuangan mencapai kemerdekaan bukanlah utama. Darah dan keringat yang tumpah ketika mempertahankan negara adalah tidak seberapa. Derita dan sengsara yang ditanggung ketika negara menuju pembangunan adalah tiada harga.

Ayah pasti terkedu melihat anak-anak bangsa yang seagama dengannya, Islam, memaki hamun, menyumpah seranah, memukul, menendang, bertolak, bertumbuk sesama saudara. Ayah pasti terkejut kerana kata mereka, itulah perjuangan. Ayah pasti tertanya-tanya, perjuangan apakah itu jika musuh yang ditentang adalah saudara seagama dan sebangsa.

Ayah pasti termenung, memikirkan andai dia menutup mata, negara yang bagaimanakah ditinggalkan buat anak cucu dan cicit. Mungkin akan ayah berkata, ingatkan negara tercinta ini sudah merdeka, makmur, maju dan ada segala. Ingatkan perjuangan lalu ayah adalah titik permulaan buat negara ini tapi malangnya tidak. Bersyukur sepatutnya kita, tapi tidak pada yang ada segala.

Betul ayah, ada segolongan bangsa Malaysia yang sudah mendapat segala dari kemakmuran negara ini tapi tidak pernah cukup, bersyukur apatah lagi. Marah mereka ini jika kekayaan terpaksa berkongsi sesama kita. Golongan ini mahu bolot segala dan sekarang perjuangan mereka adalah merebut kuasa. Dan ada pula golongan yang ikut telunjuk, konon perjuangan ini BERSIH. Negara kita negara demokrasi dan bukan caranya kita memerintah dengan demonstrasi. Entahlah ayah, rasa-rasanya kita sebagai rakyat Malaysia bukanlah bodoh sangat. Jika diberitahu dengan saluran yang betul, insyaALLAH faham kita.

Saya cuma mahukan sebuah negara yang aman, maaf sebelum ini memang Malaysia negara aman, tapi sayang ada yang tidak mampu dan tidak ingin menikmati keamanan ini.

MAAF AYAH!

Tuesday, November 22, 2011

Bila 2011 menjengah 2012...

Sebulan lebih lagi tirai 2011 akan berakhir.Menjengah pula 2012. Cepat benar masa berlalu, rasa macam sekelip mata. Berubah tahun, bertambah angka usia, samada bertambah matang kita atau sebaliknya. Tapi yang pasti, setiap dari kita tidak dapat tidak terpaksa mengharungi apa saja yang bakal mendatang. Mahu atau tidak, masa akan kedepan dan tidak sesekali mengundur kebelakang.

Belum habis 2011, banyak benar yang berlaku. Yang berkesan di hati, yang tanpa sedar bergenang air mata, yang mendatangkan ria dan tawa, semuanya bercampur baur. Sering kali diingatkan diri supaya menjadi matang seiring dengan masa tapi kadang-kala, kita harus jadi keanak-anakan untuk terus menjadi manusia. Rasanya tidak salah sebab dalam situasi yang berbeza, berlainan pula penyelesaian. Yang perlu tegas kita, maka jadilah kita manusia yang mantap, kalau perlu lembut kita, maka jadilah kita manusia yang merendah diri. Tidak ada yang salah pada itu cuma jangan jadi berlebihan.

Menginjak 2012, menjadi resam diri mengharap yang terbaik dari segala segi. Tapi yang dirancang tak semuanya menjadi. Kini diri banyak bertawakal, baik yang datang, bersyukur yang teramat-amat. Kalau yang buruk menjengah, walau diri belum tentu mampu menahan, terpaksa redha. Itu bahagian kita.

Diri tak dapat membayangkan apa yang akan berlaku, cuma apa yang bakal berlaku, baik banyak hendaknya....INSYAALLAH......AMIN.....

Wednesday, October 12, 2011

I Miss The "Look"....

Sometimes we need someone to hold our hands and says everything will be alright. In this moment, we need love, we need care and try to put ourselves to embrace the situation. But sometimes, we just have nothing.

I remember being in that situation, telling my mother. She's not holding my hands. She's just look at me, very, very motherly look with no words came out from her mouth. But the look in her eyes telling the story how she's hope everything will be okay. She's need no touch, no words to just show how's big her love is for me.

She passed away about 6 years ago. Time flies. I can still remember vividly the day she's leaving us. The day we loss the greatest person in our family. The day we have to adjust ourselves to remember that she is no longer with us. Most of my family did quite well but not for me. Thinking about her almost everyday for years from that fateful day. It was hurt and heart-sick for not to remember her.

However, in this 6 years, I grew up to be more accepting. She's never leave us, her tender care, her love, her smile, her laugh, her face and her "look" are well blended between our family. She will be forever in our heart. AL-FATIHAH.....

AMIN.

Monday, September 5, 2011

RAYA 2011

Salam buat muslimin & muslimat,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga Syawal memberi keberkatan buat seluruh umat Islam.
Raya tahun ni memang meriah abissss...syok bila boleh jumpa almost the whole family, tapi yang lebih syok tengok ayah yang gembira tengok anak menantu, cucu-cicit yang balik beraya. Makan lalu, bergurau-senda....memang syok la....

Raya tahun ni juga dapat cuti paling panjang...in total 10 hari, memang meriah...tu pun nyaris tak cukup.......apa pun after spend my 6 days kat kampung & berpeluang bukak posa ngan ayah & family, itu adalah anugerah yang tak ternilai....moga panjang umur, dapat merayakan kemuliaan Syawal seperti ini lagi....

Buat my beloved family yang balik beraya dan tak balik, salam kemaafan, sepuluh jari disusun...
Abg Wahi & Kak Nisah, Ita, Hazreq & Zakuan, Eila, Joe, Ana & Damia, Kak Ani & Abg Din, Jimmy, Man, Yan, Zoey & Ryan, Ngah, Adam & Dafi, Kak Dah, Abg Arif, Tatty, Daniel & Iffah, Abg Lan, Kak Ani, Wan, Aliah & Azam, Borhan,Adik Na, Didie & Adib, Kak Normah, Achik, Mastura & Ayu, Mirul, Akak, Adila,Hakim, Nawfal & Muzzakir, Abg Mail, Kak Ema, Iffy, Angah, Achik & Fitrah, Abg Hassan, Kak Izah & Mat Amin, Ana & Faizal......

Buat Abg Budin, Kak Yati & anak-anak : Azri,Mira,Shahirah,Aiman, Diana yang tak dapat balik beraya, InsyaALLAH tahun depan......

As-salam....

Friday, July 8, 2011

Puasa Datang Lagi...

Cepatnyer masa berlalu.....Minggu ke-2 bulan Julai tahun 2011. InsyaAllah, pada 1 Ogos akan bersamaan ngan 1 Ramadhan. Posa datang lagik..yeayy...dalam banyak-banyak bulan, inilah masa yang paling menyeronokkan...dan insyaAllah, moga diberikan kesihatan yang baik untuk berbuat ibadah.
Nampaknyer tahun ke-2 posa sorang-sorang sejak berpindah. Tahun pertama, rasa gak syahdunyer posa sorang-sorang ni...bukak posa ngan apa yang ada jer..selera tu ada tapi yang nak makan sorang jer...tak baik membazir :) Tahun ni tengok dulu camner. Lagipun bila umur dah menginjak ni, kita bukak posa ngan sahur untuk memenuhi tuntutan ibadah dan perut jer...takde nak makan itu ini...Bukan takde selera tapi makan apa yang patut jer.
Bila nak posa ni tetiba teringat zaman budak-budak. Meriah! Meriah ngan malas nak bangun sahur, meriah ngan nak bukak posa, meriah ngan menahan lapar dahaga (tapi haus giler bila balik dari sekolah tu yang tak tahan), meriah ngan tolong mak masak juadah bukak posa, meriah ngan buat kuih raya, meriah ngan sibuk menayang baju raya & lastly meriah ngan duit raya...tu yang paling best!
Apapun puasa datang lagi...the best part bulan posa ni, bazar Ramadhan merata-rata.Masa ni lah segala macam makanan & minuman yang pada hari-hari biasa takkan ader punyer, muncul! Tapi yang paling menyelerakan, kebanyakan juadah ni "orang-orang kita" yang masak. Bukannya apa, biasa ler...kalau waktu biasa, kebanyakan food court yang ada, taukehnyer orang kita tapi yang masak "jiran tetangga" kita :) Rasanyer lain sikit la...Faham kan?
Lagi satu, dulu masa budak-budak, posa sebab mak ngan ayah suruh. Siap ada ganjaran tu!..Sebulan penuh (masa belum "dewasa" lagi la..), dapat duit raya lebih tau..Syok giler...Sekarang ni, bajet duit raya yang nak kena keluar.Dok kira-kira berapa anak buah ngan berapa cucu buah yang ada...Menerima duit raya memang syok tapi memberi duit raya lagi syok.Lebih-lebih lagi bila tengok wajah-wajah yang menerima especially my anak & cucu saudara..."yay,yay dapat duit raya"...priceless!
Kalau posa dah jadi satu bulan yang ditunggu, ganjaran yang dijanjikan oleh ALLAH SWT tak terhitung nikmatnya.Itu yang pasti. Tapi ada lagi side-reward yang selalu gak jadi keutamaan. Yang paling ketara, masa untuk mengurangkan berat badan.Selalunya siap bangga giler cerciter kat orang walaupun turun cuma 1 kilo saje. Tapi lagi bangga giler lepas posa terutama masa raya, yang naik melebihi apa yang turun :)
InsyaAllah, semoga puasa kali lebih keberkatan bukan hanya untuk diri sendiri tapi gak buat seluruh umat Islam di dunia...Amin

Apapun kita tunggu raya! :)

Tuesday, June 28, 2011

Masa Untuk Berubah

Lama juga tak menjengah blog sendiri. Sesaje tengok post yang dulu-dulu & baru sedar, kebanyakan post adalah tentang keluarga. Sejak menjadi “blogger”,tahun 2008, post berkaitan keluarga, kerja & aktiviti mendominasi cerita-cerita berbanding sekarang yang banyak tentang rasa, perasaan yang bercampur baur : marah,sedih,kecewa dan yang sewaktu dengannya.

Terlalu banyak perasaan marah yang bersarang dalam diri yang mengundang kecewa & sedih. Takde sesiapa yang boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri, walaupun kekadang rasa diri ini yang jadi mangsa. I need to change that! Kalau asyik menulis sesuatu yang sedih, diri sendiri jugak yang terheret rasa. Untuk itu, untuk post yang akan datang, dominasi rasa gembira, bersyukur & bangga harus ada. Bukan saja untuk orang lain tapi yang utama untuk diri sendiri. Biar diri terheret rasa gembira, biar hidup rasa bermakna.

Sama macam motto “ Family is important to me”, walaupun diri ni takde “my very own family” tapi ibu-bapa, kakak-abang, anak-anak buah malahan cucu-cucu saudara mengharap sesuatu dari dari kita. Berfikir secara positif, anggap harapan dan permintaan dari mereka adalah hikmah yang tak ternilai. Tak salah kalau terasa hati, nak merajuk sampai mati pun boleh tapi ini darah daging, ibarat kata “air dicincang takkan putus”, ikatan yang tersimpul sampai kita dibawa ke liang lahat. Memandangkan diri belum ada yang boleh di panggil “my very own family”, doa dan ucap selamat dari mereka inilah yang diharapkan bukan sahaja untuk sekarang malah andai kata tiba masa tamat di dunia ini.

Harap next post will be the happiest post ever!...InsyALLAH...

Monday, May 16, 2011

CERITA KITA...

Selalunya orang yang terkenal dan ada nama jer yang ada story. Lagipun, kita teringin gak nak tahu citer diorang. Kadang-kadang sangup perabih apa yang patut nak tahu apa saja story pasal diorang. Terpulang la samada orang yang diceritakan tu masih hidup ataupun dan takde di dunia ni…

Tapi bila difikir2kan, diri kita sendiri pun banyak story. Bezanya cuma takde orang yang teringin nak dengar, takde orang yang nak ambil tahu dan takde orang yang peduli pun. Cerita kita kadang-kadang lebih tragis dari orang-orang yang ternama tu…kadang-kadang cerita kita lebih inspirasi dari apa yang diorang bayangkan…kadang-kadang lebih humor dari apa yang kita gelakkan….TAPI kita tak mampu nak bercerita, ada peluang tapi takde chance….

Peluang untuk bercerita?...hanya kengkawan ataupun sedara-mara saje yang boleh dengar tapi yang sanggup berkongsi cerita tak banyak pun…Kita bayangkan orang yang tak betul, yang kita jumpa kat stesen bas, dok bercakap sorang-sorang…agak2nye sebelum diorang jadi macam tu, mesti ada story yang tragis la… yang boleh membuatkan diorang end-up macam tu….kalau diorang boleh bercerita, ada kita nak dengar? Ada kita nak bukukan “Cerita Seorang Gila” ? Ada ke yang nak baca? Entah…kalau tak memberi inspirasi & kebaikan, jarang benar ada yang laku…

Heyy…aku pun boleh bercerita….Sudi nak mendengar? Mungkin…Sudi nak memuji ? Belum tentu....Teruja nak mengkritik ?...Itu sudah pasti!

TAPI YANG PASTI, SETIAP DARI KITA SUDAH ADA BUKU YANG TERTULIS…BAIK ATAU BURUK, KITA TENTUKAN, DOSA ATAU PAHALA, KITA MUKTAMADKAN….ITU JANJI ALLAH SWT…AMIN

Monday, April 25, 2011

Why?

I make mistakes!

I let go an opportunity.

I push people away.

I hate myself?

Sunday, April 24, 2011

Trust + Insecurity + Question Mark = Selfish Us

Sometimes we have to let go certain things, no matter how important it is. Sometimes we have to open up, no matter how secretive things are. We find someone to share the matter but the only question to rise is how can we trust this people?

Is trust really important?

Insecurity is the biggest problem that we facing. We know we can trust the people we choose to share whatever happens to us but still by end of the day this question mark will appear. When we start sharing things with people we choose to trust, be it a family, a friend or even a stranger, the question mark will not important anymore.

Which one is more important? Is it a trust, insecurity or a question mark?

This is not about trust, if we can say so. If we can keep ourselves intact for so many years, why now we have to strip? Are we just found the right person to be open about or we just can’t carry the burden anymore? Who’s the victim here? The long suffering us or the suddenly drag them to the problem?

We ignore the trust in the case of unbearable burden. We don’t care about insecurity for the sake of good listener. We just have to accept the question mark once it’s done. We just are being selfish!

Is it true?

Wednesday, February 9, 2011

Azam Baru?

Tahun Baru.Azam Baru.Hidup Baru....segalanya mesti baru.

Tanpa sedar kita kita cuma memperbaharui yang baru untuk hari yang baru.

Keliru? Sebagai manusia kita tidak pernah tidak menyangkal rasa keliru setiap masa dan waktu.Kita sentiasa mengharapkan ada sinar baru untuk menghadapi hari yang baru.

Sekali lagi kita tidak sedar, untuk hari baru belum tentu kita menghela nafas. Ajal maut ditangan Allah SWT.

Namun begitu, sebagai manusia biasa, tidak salah untuk menabur harap, mengimpikan sinar buat esok hari. Rezeki juga ditangan Allah SWT.

Tahun lama kita tinggalkan.Azam lama kita perbaharui. Hidup cara lama kita perelokkan. Segalanya mesti baru.

Friday, December 10, 2010

2010-2011

2010…lagi 3 minggu tahun 2011 akan menjelma.Terlalu banyak yang hendak dikenang sepanjang 12 bulan ini.Apa yang pasti lebih banyak yang pahit dari yang manis. Boleh dikatakan tahun 2010 adalah tahun yang amat malang bagi aku.Terlalu banyak dugaan yang datang bertimpa-timpa, terlalu banyak masalah yang harus aku hadapi, terlalu rapuh diri ini hendak menangkis serangan yang mendatang. Untuk sedikit hari yang bersisa, aku mengharapkan tahun 2011 menjanjikan sedikit sinar cahaya buat diri ini…Tidak secerah sang suria pun tidak mengapa,seterang cahaya lilin pun jadilah….benar-benar mengharap!

Bila difikirkan kembali, segala permasalahan bermula sejak menginjak 1 Januari. Dengan tekad untuk berdikari, aku memulakan perjalanan 2010 dengan berpindah, menetap seorang diri dan bermulalah era keseorangan dan sedikit kebebasan yang amat aku cari. Mengharapkan secebis ihsan dan pertolongan untuk memulakan hidup, aku meminta dan merayu pada ahli keluarga terdekat untuk membantu. Malang sungguh, ikatan kekeluargaan belum tentu menjamin keikhlasan. Dalam seumur hidup hingga kini, aku berulang kali dilukai tapi bak kata orang luka akan sembuh. Tapi kali ini terluka benar, sakit yang teramat.Mungkin akan sembuh tapi yang pasti parut amat berbekas!

Bila tak mampu menanggung sendiri, teringin benar hendak mengadu. Ada yang sudi mendengar tapi berkongsi rasa belum tentu. Menoleh kekiri dan kanan hanya diri sendiri yang boleh dipersalahkan.Sebagai iktibar? Mungkin tapi sukar. Diri ini sentiasa diambil kesempatan.Kadang-kadang tertanya sendiri, mengapa sampai begitu sekali.Kata orang aku ni lembut hati, mudah lentur dek rasa. Tapi hairan, kalau diri ini yang diambil kesempatan, mengapa setiap yang berlaku, buruknya tetap dipersalahkan pada diri walau kadang-kala tak secebis pun bersangkut. Bila aku mula bersuara, dikatakan mula besar kepala, tak ingat pada yang menolong. Tapi sampai bila harus kepala terus dipijak, hati terus dilukai, diri terus merana. Mungkin kadang-kala, pedih rasa boleh aku tanggung sendiri tapi sampai bila.Hendak menangis, bak kata orang sudah kering air mata, hendak senyum dan ketawa, takut dikata hanya berpura-pura.

2011 semakin hampir.Tekad hati hendak berubah. Kali ini biar hati sendiri terjaga, biar beban ditanggung sendiri tanpa meminta-minta, merayu pada yang tersenyum menghulur tangan tapi dihati bak duri menikam. Biar sukar untuk memulakan kembali, bertatih pun jadi lah kalau tidak mampu untuk terus berjalan.

Pada yang Maha ESA, aku pohon kekuatan dan keampunan, semoga perjalanan yang mendatang di rahmati. AMIN.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 & Selamat Tahun Baru 2011.

Tuesday, September 28, 2010

Face It ?

About a year ago I’ve a dream to change my life, to be more independence and started a new chapter in my life story. It turns out to be the most challenging phase in my life. I’m facing more down than ups…I got the support that I need but nowadays the difficulties are against me.

I was crying when my mother passed away about five years ago but I am crying harder now when the trouble hits me. I wish I’ve strength to keep myself sane in order to facing the problem. I am not sure how long can I stand firm on the ground.

I am not looking for challenge in my life but I am facing one. Big ONE!



Tuesday, July 27, 2010

Heloooo August!


An early BIRTHDAY WISHES for all AUGUST!

Me @ CIK KIN : August 16
Mastura @ MAS : August 17
Kak Ani @ MAK LANG : August 19
Faizol Ikhmal @ JOE : August 19
Kak Nisah @ MAK LONG : August 22

MONDAY TO FRIDAY!

How to spend a WEEKDAYS!

Misty morning and winds,
Grass looks gray,
Monday is begins,
With lots of hope and pray!

Grass looks gray,
Down to the slope,
Today is Tuesday,
Pray for a new hope.

Down to the slope,
Flowers are blooming,
Still praying for a hope,
Wednesday is coming.

Flowers are blooming,
Waiting for a breeze,
Answer for a praying,
Thursday it is!

Waiting for a breeze,
Happy for a break,
Go away a grieve,
Friday is here to celebrate.


Noor
July 2010

Friday, July 2, 2010

I Am 2 On BLOG!

June 27, 2008 - sign in for the first time. Feel the excitement to have my own blog.
Smiling & was thinking - I AM A BLOGGER now!...It was 2 years now, blogging is the least thing I do nowadays, time catch up with us, I've been introduced to FACEBOOK...eerrmmm, quite interesting. Nowadays, family & friends will ask you this: “Ada FB? , add I la…”
Anyways, I’m here to celebrating my YEAR 2 of my blog page!
Happy blogging!

Tuesday, June 1, 2010

It's JUNE!

Happy Birthday to JUNE :

Mohd Fuad Rajudin @ Mamat : June 13

Zoey Zeffry Azman : June 18

Saremah Mohammad @ Cik Ema : June 19

ALLAH bless you all....

Wednesday, May 19, 2010

Poem: Boring Day...

Why need to be alone and to be lonely?


I am bored, I am lonely
Trying to get entertained by telly….
Not enough, no laugh,
Turn on my laptop, am Google tough,
I need to laugh; I need to kill this boredom,
Watch Kellie Pickler’s interview,
Quietly laughing to the boom,
Listen to country songs,
Kellie,Carrie and Taylor,
Ermmmm….how weird feel a little blur,
Another boring day has hit me,
Waiting and praying that will never be.

Noor
May 19, 2010.

(pardon My English....)